Pendakian ke Kincir Angin

Posted on

Kincir angin merupakan destinasi Must-To-Visit dalam kalangan pelancong yang datang ke Pulau Perhentian. Pelancong perlu mendaki untuk sampai ke kawasan kincir angin dan dapat menikmati keindahan pemandangan Pulau Perhentian dari atas. Waktu yang paling sesuai untuk mendaki adalah pada waktu tengah hari kerana pelancong dapat melihat keindahan pemandangan kawasan pulau dengan jelas.

Namun begitu, mereka terpaksa menempuh cuaca yang agak panas dan terik pada waktu tersebut. Oleh itu, mereka disarankan untuk membawa bekalan air yang secukupnya untuk mendaki serta memakai pkaian yang sesuai.

 

Tangga yang perlu didaki kalau korang dari Perhentian Besar dan nak tengok full view laut dari ataih.

 

View yang awesome dari atas

 

Walaupun penat mendaki dalam 45 minit dari bawah, kelelahan dan kepenatan itu pasti terubat dengan view yang sangat-sangat cantik. Sangat rugi kalau datang ke Perhentian tapi tak Hiking Windmill.

 

Tips-tips untuk mendaki kincir angin

  • Pakai pakaian yand sesuai. Pemakaian kasut bertutup adalah digalakkan
  • Melakukan sedikit regangan badan supaya tidak mengalami sebarang kecederaan semasa mendaki.
  • Bawa bekalan air yang cukup sebab cuaca panas dan anda akan rasa cepat penat.
  • Bawa coklat atau energy bar untuk tambah tenaga anda semasa mendaki.
  • Digalakkan memakai topi/shades
  • Pastikan handphone dan camera anda di-cas full sebab nak tangkap gambar yang super cantik.

 

Tak teringin ke begambar macam niee ?

 

Depa dah, ampa bila nak maii ?

Okey lahh, cakap banyak pon tak guna. Korang kena datang Perhentian dan explore sendiri keindahan, kenikmatan, kerakusan, dan cabaran nak hiking kincir angin nie. Serious tak menyesal !

Sekiannn

 

 

Gambar ihsan dari blogger yang dah maii Hiking kt Windmill. Thanks sis Mera J

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *