Snorkeling

Posted on

Di Perhentian, aktiviti yang paling popular di kalngan para pengunjung adalah snorkeling.

Sering kali pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di laut biru dan lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin ramai pengunjung tidak pernah lihat.

 

 

Aktiviti snorkeling biasanya akan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang. Pengunjung dapat melihat berbagai hidupan laut yang ada di Perhentian seperti ikan nemo, terumbu karang (coral reef), ikan-ikan kecil dan macam-macam lagi. Perhentiankravers juga menyediakan hidangan makan tengahari buat para pengunjung ketika berehat di Kampung Nelayan.

 

Terdapat 6 tempat utama yang boleh dikunjungi untuk aktiviti bersnorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar antaranya:

  • Turtle Beach atau Tiga Ruang
  • Turtle Point
  • Shark Point
  • Kampung Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
  • Lighthouse
  • Romantic Beach

 

Mesti antara korang ni ada yang takut nak snorkeling kan? Meh PerhentianKravers nak share sikit tips-tips snorkeling terutamanya untuk beginners

  • Pakai mask (topeng) anda dengan betul. Mask anda mestilah muat dengan muka anda. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Pegang snorkel mask di muka anda dan bernafas melalui hidung. Jika mask anda menutup dengan sempurna dan tetap di tempatnya tanpa perlu memegang, anda memakainya dengan betul. Jika udara boleh keluar dari mask, begitu juga dengan air. Pastikan mask anda muat dan pakai dengan betul!

 

  • Always practice your breathing! Berlatih pernafasan melalui snorkel di luar sebelum anda masuk ke dalam air. Pakai mask anda dan bernafas melalui tiub! Jangan gigit tiub, rehatkan gigi atau rahang anda akan menjadi sakit. Lakukan beberapa kali latihan pernafasan untuk membuatkan anda berasa selesa.

 

  • Tahu tahap kemampuan anda. Snorkeler yang santai akan mendapat lebih banyak keseronokan apabila snorkeling sebaik sahaja anda memahami dan mempertimbangkan semua faktor seperti suhu air, lonjakan, arus dan penglihatan air. Ianya tidak elok untuk menolak had anda semasa anda snorkeling. Kemampuan anda akan berubah dan berkembang apabila anda menjadi lebih berpengalaman

2 thoughts on “Snorkeling

  1. Pingback: Free Piano
  2. I must say you have very interesting posts here. Your posts can go viral.
    You need initial traffic only. How to get
    massive traffic? Search for; Murgrabia’s tools
    go viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *